Hari ini tidak seperti hari-hari yang telah berlalu, cuaca yang selalunya panas terik.Tapi hari ini mendung dan kemudian awan yang memberat itu pun menurunkan hujannya sepanjang hari.
Aku dapat rasakan hati ini pun begitu, sedih dan rasa sangat pilu.Bila memandang wajah dia, jauh di dasar hati,aku mula merasakan sangat rindu.Dia pula kelihatan bersahaja dan aku tahu dia cuba melindungi perasaan sebenarnya.Kalau lah ada satu hari lagi..
Tiba-tiba aku teringat perbualan kami sebelum tidur pada hari aku menerima surat pertukaran itu;
Aku : adakah berita perpindahan ini sesuatu yang menggembirakan?
Dia : (sambil menghela nafas..) "mungkin"
Aku : Alangkah baiknya jika kita dapat pindah bersama(dalam nada sebak).
Dia : ( Dia cuma berdiam diri)
Aku : Saya tak mahu kita berjauhan macam dulu.Macam mana saya nak hadapi hari-hari tanpa kamu di sisi, sedangkan berjauhan untuk 1 hari pun saya jadi tak tentu.Mesti saya rindu.
Dia : Sayang, inilah namanya cabaran hidup.kita harus bersikap positif.Percayalah lepas ni kita tidak akan berjauhan lagi.Dan doakanlah agar segala urusan di permudahkan.
Aku : Diam.Tanpa dia sedari aku menangis dalam diam.Aku mula memikirkan macam mana keadaan kami nanti bila berjauhan.Aku rindu menyediakan makanan untuknya, makan bersama,menunggu dia pulang dari kerja dan yang paling aku rindu nanti saat-saat kami menghabiskan masa bersama bila hujung minggu..
Sesungguhnya,dia bukan sahaja Suami, tapi sahabat terbaik ku.
Aku tidak mungkin dapat mengubah keadaan menjadi sebaliknya, tapi aku berusaha memujuk hati sendiri agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.Semoga Tuhan memberkati hubungan ini, dan menjaga hati dan diri kami ketika berjauhan.Aku positif kan diri.. bahawa saat-saat berjauhan ini adalah refreshment buat hubungan kami agar kami sentiasa merasa seperti pasangan yang baru bercinta.
Kini, aku mula menyedari..Tuhan memberikan kami satu kesempatan untuk merasai perasaan menghargai seseorang dikala berjauhan, bukan bermakna semasa berdekatan tidak menghargai tapi kadang-kadang kita terlupa orang paling dekat dengan kita itulah yang sangat kita rindui bila berjauhan.
" Sesetengah orang melihat kesudahan yang tiada harapan, manakala sesetengah yang lain melihat harapan yang tidak berkesudahan. "
- Penulis yang tidak dikenali.