Khamis, 9 Mei 2013

Pengalaman Membawa Kucing Ke Sabah (PART 1)

                               Yay! dapat transfer..gembiranya hati.tapi macam mana nak bawa si Percy balik?..seludup kot...gila ke..naik flight nak seludup macam mana, mo mati ka? (haha..ketawa penjahat)..by land..boleh seludup kot..yang penting si Percy duduk diam-diam,tapi takut pula si Percy buat hal sepanjang perjalanan.Haish..tak bestlah bawa binatang by land jauh tu,setakat 1 Km pun si Percy ter 'meow2', apalagi perjalanan yang sejauh Kuching-Tamparuli = lebih kurang 1313km.. nanti yang driver pun stress, penumpangnya pun stress sekali apalagi binatang tu... hiss..tak mo ambil risiko...No matter what I'll try my best untuk bawa kucing kesayangan saya ini balik bersama tau.. 
JUAL??... NO..NO.. Percy is NOT FOR SALE...

                       So, saya pun merajinkan diri saya surfing internet about 'Membawa kucing ke Sabah?' ataupun 'prosedur membawa kucing ke Sabah'..hmmm..banyak jugak blog pasal tajuk ni walaupun not exactly,tapi boleh la diterima pakai sebagai idea permulaan macam mana nak berurusan nanti.
                         Untuk pengetahuan bersama, nak bawa kucing keluar dari Sarawak saya perlu dapatkan permit Eksport dan Permit Import dari Sabah.. (Chewahh..macam buat bisnes besar-besaran pula kan.. Haha..)tak kira sama ada melalui pengangkutan darat ataupun udara. So, untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas saya hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah(JPHPT).Jangan risau staff-staff mereka sungguh mesra dan sangat membantu.Setelah mendapat penerangan dengan lebih detail. Saya hubungi pula Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sarawak.Sebelum saya bercerita mengenai permit Eksport dan Import dengan lebih lanjut, saya suka mengingatkan bahawa ;

  • Kita perlu pastikan kucing kita ni vaksinasinya Up-to-date.
  • SUDAHKAH ANDA MEMASANG MIKROCIP PADA KUCING ANDA?? PERLU KAH?? Ya. memang perlu.Mikrocip ini boleh di pasang dimana-mana klinik veteriner dengan harga RM45 (bergantung kepada klinik tersebut).
  • Hanya Syarikat Penerbangan MAS sahaja yang  ada menawarkan perkhidmatan membawa LIVE ANIMAL seperti kucing k..
  • KUARANTIN :  Kalau Dari Sabah/Sarawak nak eksport kucing ke semenanjung/Sabah/Sarawak-Kucing tidak perlu dikuarantinkan.Sebab Sabah dan Sarawak adalah kawasan bebas RABIES.Tapi kalau Dari semenanjung nak eksport kucing ke Sabah/Sarawak-Kucing akan dikuarantinkan selama 14 hari hingga 1 bulan sebab semenanjung berdekatan dengan kawasan yang tinggi kadar  jangkitan Rabies(Negara Jiran seperti Thailand)
                         Okey, sebelum menguruskan permit eksport, saya perlu dapatkan permit import dulu. So, seperti yang telah diterangkan oleh staff dari JPHPT saya kena memohon melalui   www.davetsa.sabah.gov.my kena sign up dulu..baru dapat login and isi form.. hah..jangan tak tau, untuk diorang approved kita tu pun makan masa 3 hari masa bekerja. So, rajin-rajinlah follow-up maksud saya call diorang. Kalau kita tunggu je mesti lambat    (sebab itu yang terjadi pada saya,...huhu ) bila dah approved barulah saya dapat akses untuk mengisi form tu pulak (bahagian ini, kalau tak tahu jangan segan hubungi staff mereka ya)Lepas da isi form sebelum send, check betul-betul maklumat dan data yang diberi takut nanti akan timbul masalah dikemudian hari (macam saya, tersalah enter umur.Dah seminggu balik Kuching baru perasan ada kesilapan..kelam kabut dibuatnya terpaksa post  permit tu semula ke JPHPT Sabah huhu) dah make sure semua betul barulah send ya.Approval ni kena tunggu 1-2 hari juga.Kita boleh periksa status permohonan kita di link yang sama ataupun kita boleh terus hubungi mereka.Bila dah approved permohonan tu tadi, saya kena datang untuk buat bayaran sebanyak RM11.00. Kaunter pembayaran hanya dibuka pada hari Isnin-Rabu dari jam 8 pagi hingga jam 1 petang.Lepas tu, Jam 2 hingga jam 2.30  petang. So, pandai-pandailah merancang masa.Kalau kita tak dapat datang bayar sendiri di kaunter kita boleh buat bayaran melalui Wang Pos.Tapi saya hari tu, kebetulan balik ke kampung, saya ambil kesempatan la urus semuanya sekali.Lepas bayar, terpaksa tunggu sehari untuk dapatkan permit tu sebab Pegawai yang bertanggungjawab untuk sign outstation pula..(betul-betul mencabar kesabaran la). Actually, urusan permit import ni dari A-Z cuma makan masa seminggu,tapi oleh kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan jadi seminggu lebih juga.Huhu..
                             Dah selesai urusan permit import, saya kena confirm flight pula..sebab bahagian permit Eksport ni dia akan tanya bila nak fly and perlu buat temujanji dengan diorang lagi..biasanya temujanji akan diberi 3 hari sebelum tarikh penerbangan.Biarpun validation date permit eksport ni 60 hari (permit import pun sama) tetapi Sijil Kesihatan Veteriner(SKV) yang dikeluarkan bersama-sama permit Eksport ni hanya valid untuk 7 hari sahaja.Okey, saya pun datang mengikut appoinment date yang diberi, iaitu jam 8.30 pagi..(tapi saya terlambat 15 minit.huhu), pada hari tersebut, saya bawa bersama kucing saya, kad kesihatan (macam baby pula kan hihi)dan permit import(jangan lupa!).Setelah mengisi borang permohonan permit eksport.Percy pun di periksa oleh Veterinar. Head to tail oiii...Dr tu komplen si percy gemuk la.. haha..Prosedur ni tak lama dari pemeriksaan sampai permit tu siap tak sampai pun 45minit.(syukur la mungkin berkat kesabaran saya menunggu lama masa prosedur permit import hari tu )Oh ya, bayaran untuk permit ni RM10 sahaja.
                                So now, PERMIT IMPORT, PERMIT EKSPORT dan SKV semua dah settle.. hanya nak tahu macam mana prosedur masa naik kapal pula.ADAKAH SAYA PERLU MELALUI MAS KARGO or DIRECT CHECK-IN MACAM BAWA LUGGAGE?..ada kawan saya cakap perlu melalui MAS KARGO (mengikut experience dia bawa kucing ke Limbang).Saya pun pergilah ke office MAS KARGO tu.Heran la, tempat tu tak macam ofis pun.Macam tempat punggahan barang-barang jer..(memangpun dah namanya MAS KARGO)..tengah sibuk nak cari tempat bertanya tiba-tiba datanglah seorang lelaki ini tanya saya nak buat apa.Saya pun bagitau lah yang saya nak uruskan kucing saya balik ke Sabah.Dengan penuh semangat dia pun memotong pertanyaan saya yang belum habis, " O..Kitak mo bawa balit ke Sabah perlu cari EJen..mun kitak mok hantar dalam Sarawak saja sik hal,tok mok bawa keluar dari Sarawak perlu pakey ejen" EJEN???? blurr pula sekejap..apa kena mengena pula dengan ejen ni..sedangkan dokumen semua sudah diuruskan and then saya akan terbang bersama si Percy.Lain lah kalau saya just nak kirim si Percy ke Sabah alone.Hmm...Mr Hubby pun dah mula naik angin sebab lelaki tu macam nak paksa2 pula siap tanya " Kitak Iban ka, Bidayuh ka Melanau? " ermm..apa kaitan dengan bangsa pula ni...hiss..memang tak betul orang ni....Last-last saya minta dia jumpakan saya dengan staff MAS KARGO yang sebenar-benarnya.Bila dah jumpa staff tu,mereka saling tolak menolak pula untuk memberikan penerangan.Saya jadi geram dan bosan sebab lelaki tadi tu masih juga dengan idea terbaik 'Ejen' nya tu.. rupa-rupanya dia tu lah ejen...mo cari customer la tue...Nasib baik lah tidak terpedaya.HUH !!! Dengan rasa tidak puas hati, saya pergi tanya pula kat kaunter  Check-In MAS " Boleh..kamu bawa kucing kamu tu bersama masa kamu cek-in nanti, dia akan dicas mengikut berat luggage la.RM 5/kg + carrier(harga ni saya akan confirm lagi k) " Lega hati saya, ingatkan c Percy ni akan di cas tambangnya macam harga manusia. Macam kawan saya tu dia guna MAS KARGO sampai RM180+++ itu kucing dia yang baru berumur 3 bulan.Kalau ikut berat percy ni gerenti mo RM 200++ ..itu memang bayaran termasuk EJEN.
                                     Last but not least,saya hubungi bahagian ANIMAL QUARANTINE OFFICE KOTA KINABALU, informed about penerbangan saya dan kucing saya, nanti ada pegawai diorang yang akan tunggu kami di sana.
                                    
 Yay..da settle semuanya.Tinggal tunggu fly lagi..HIHI
 INI LAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN NANTI
Ni la..Vaccination and Health Record si Percy
PERMIT IMPORT
BACA NI !!!

SIJIL KESIHATAN VETERINAR (SKV)



PERMIT EKSPORT
Okeylah setakat ni dulu coretan saya untuk part 1, nanti saya akan update lagi untuk part 2 ya..
Terima Kasih kerana membaca post ini...


" Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu ubah sahaja, dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah cara kita berfikir mengenainya. " 
- Mary Engelbreit

21 ulasan:

  1. rumit kak Ton..permit import tu yg buat ku bengang

    BalasPadam
  2. Alahai.... Pening dibuatnya.... Huhu

    BalasPadam
  3. Seiras kucing saya c rocky pula c percy ni

    BalasPadam
  4. Terima kasih Emilydy. Maklumat dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama.

    BalasPadam
  5. Terima kasih Emilydy. Maklumat dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama.

    BalasPadam
  6. Thanks Emily sbb share experience ko d blog.
    Sy ni tengah mau mengurus 3 ekor kucing sy balik dr Kuantan p KK @transit KL. Thank God jumpa blog ko at least now i hv some ideas how to bring the cats back.. :)

    BalasPadam
  7. Haiwan lain mcmana? Kura2, hamster, sugar glider etc.

    BalasPadam
  8. Hai..sy nak tnya klu bwa kucing dr kl-twu sabah cmna?blh share info tak?sy br 1st nk bwa kucing naik flight..k.tq

    BalasPadam
  9. Siapa buat penghantaran. Pm saya please
    0133043848

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak bawa kucing dari bintulu balik ke sabah macam mana ya???

      Padam
  10. Tumpang tnya. Klu kita Dari SIBU ,SARAWAK nk bawa kucing ke LAWAS ,SARAWAK.. perlukan ke document. Vaksin n microchip tu. SBB sya guna jalan darat p LAWAS. tpi limpas BRUNEI DARULSALAM. Harap dibalas.tq

    BalasPadam
  11. Hubungi kami agen khidmat penghantaran binatang ke Sabah / Sarawak bagi prosedur serta caj perkhidmatan. Facebook : Trio Mover .

    BalasPadam
  12. hiii..nk tnya sapa tau brapa ekor kucing yg bole bawa sekali naik flight?

    BalasPadam
  13. Boleh sy dapatkn no tak.. nak Tanya lebih lanjut.. or pm sy 0145530756

    BalasPadam
  14. adoi,sy baru ingat nak bawak ayam mutiara balik sabah

    BalasPadam
  15. Problem sekarang ni Viksin Rabisin kena tunggu 6 Bulan selepas Viksin baru bole urus MASUK SABAH..🤦🤦

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ke klau berunei pun kena vaksin rabies dlu ke...

      Padam
  16. mau tanyak kalau bawa kucing dari sibu ke sabah perlu apa.... plass jwap sya

    BalasPadam