Ahad, 5 Mei 2013

P.E.R.C.Y


P.E.R.C.Y


Apa yang terlintas di fikiran anda bila membaca tajuk ini ?Jangan pula fikir saya nak bercerita tentang watak pelakon atau pemain bola sepak.hihi..


                  Apa yang saya nak cerita di sini adalah mengenai binatang peliharaan saya.
PERCY adalah gelaran istimewa untuk kucing saya. Dia ni Mix Persian.Mengimbas kembali masa mula2 decide nak bela kucing di perumahan kerajaan ini.Ya la.., banyak perkara nak difikirkan..lainlah kalau diam di rumah sendiri..

                   Diringkaskan cerita..bukannya baru pertama kali pun bela kucing ni..tapi untuk kali ini nak cuba pula bela kucing kacukan pula.Masa cerita-cerita dengan kawan-kawan tentang plan nak beli kucing ni..macam-macam mereka advice..      "Mahal tu..daripada ko beli kucing parsi ni..baik ko piara kucing-kucing yang terbiar diluar sana"..dan tak kurang juga
 " WOW! mahalnyerrr.. bagus ko bikin beli emas "..mo ketawa pun ada geram pun ada.. sebab ya la kan hati memang dah berkobar-kobar ingin memiliki kucing parsi..(cewahh) bila dengar orang cakap macam tu mesti tergugat juga keinginan saya. Tanya pendapat hubby pun,  "boleh ke piara kucing parsi ni, kalau kucing local tu tak la cerewet sangat.High Cost and Maintenance"  huhu...memang berada di dalam dilema la hati saya masa itu.Terbayang-bayang macam mana kalau saya tidak dapat jaga dengan baik mesti pendek umur la ni kucing..kucing parsi lagi tu.Walau pun hubby tidak menghalang apa lagi menyokong, saya tetap booking juga kucing tu..walaupun ketika itu hati saya ragu-ragu. kebetulan pula kawan tu memang tengah SALE kan 3 ekor anak kucing.Saya pun book la kaler hitam putih (sebab saya memang suka kucing kaler tu) tapi kawan tu cakap hitam putih tidak ada lah..tabby kaler jer ( kaler apa tu?).. boleh lah..masa tu memang dah siap reka-reka nama nak panggil apa kat kucing ni..(macam-macam la nama fantasi yang muncul difikiran)tapi tak terlintas pun nak bagi nama PERCY ni.
Ni la PERCY masa dia kecik dulu


                    Nak datang ambik dia ni pun,selalu je tertangguh2 adalah 2 minggu tertangguh... bila tiba hari mo datang ambik memang tinggal seekor lagi la dia yang belum dijual..adik beradiknya yang lain dah pun dibeli.  First impression, dia memang CUTE dan tersangat lah AKTIF.. tak rugi la saya mendapatnya.So, automatic gelaran PERCY tu keluar dari mulut saya ni.Memang sesuai la.. Terima Kasihlah sama Kawan tu sebab dia  mempertahankan PERCY ni dari dibeli orang meskipun ditawarkan dengan harga yang tinggi.. hihi..HARGA??..biarlah rahsia k..hihi


6 bulan
Telatah Si PERCY


                              Seperti yang dibaca dalam mana-mana artikel di majalah mengenai cara menangani Stress,salah satunya ialah memelihara binatang seperti kucing memang membantu dalam mengurangkan stress terutamanya setelah seharian kita penat bekerja, balik rumah je ..tengok saja lah telatah dia tu..( hanya mereka yang CATS LOVER je tahu..)

                              Meskipun sudah 26 bulan berlalu dan si PERCY pun sudah berusia 28 bulan...bagi saya memang ada perbezaan menjaga kucing kacukan and local.Berbeza dari segi pemakanan dan barangan peribadi (haha)..Memang lah kita boleh beri makan apa saja ikut suka kita..tapi kita mesti mahu yang terbaik untuk kucing kesayangan kita kan.. selain itu bulunya perlu disikat hari2..itu sebagai terapi untuk dia dan cara komunikasi kita dengan dia..macam menjaga BABY..oh ya..vaksinasi juga penting.Tapi setakat ini, dia tidak pernah menyusahkan saya. Bila saya dah memiliki dan menjaganya hingga ke tahap ini, barulah saya sedar betapa berbaloinya wang ringgit yang dilaburkan untuk menjaganya. Usah peduli kata-kata orang yang  suka membandingkan wang ringgit dengan barangan yang bagi dia lebih bernilai, apa yang penting bagi saya ialah memiliki sesuatu yang dingini, biarpun berapa kosnya.Ya,, biarpun dia hanya seekor kucing. 

                            Biarpun sudah bertambah umurnya..tapi dia masih aktif dan kekal cute..tidak lama lagi si PERCY dah nak balik SABAH,,tukar permastautinan..hihi 
SELAMAT TINGGAL Saudara mara ku...




ADA BERANI ???