Ini kesinambungan post pengalaman saya membawa kucing balik Sabah..da seminggu baru dapat update, almaklumlah..dekat kampung line internet terhad sikit.Terpaksa tunggu waktu yang sesuai jugak..hurm..Selamat Membaca..
|
Percy pun tau sedih..hihi |
Jam menunjukkan ke angka 7.15 pagi..lagi ada sejam lebih sebelum berangkat.Sebaik saja sampai di airport saya pun bawalah barang-barang saya ke tempat pemeriksaan kastam untuk scan termasuk la si Percy.Tapi si Percy tak la di scan cuma tunjuk kat pegawai tu je..Dah siap scan.. pergi pulak ke kaunter cek-in.. saya pun angkat lah barang-barang saya (3 kotak+1 beg) untuk di timbang semuanya seberat 30.5kg..bila tambah berat si Percy dan cage nya..menjadikan semua berat barang-barang saya 38kg.Saya perlu bayar Rm7 untuk 8kg yang lebih tu..da siap-siap cek in and bayar semua.. adalah staff MAS bahagian LIVE ANIMAL datang untuk bawa Percy ke kargo..sedih jer muka Percy time tu..
Oh ya, saya terpaksa puasakan si Percy lebih kurang 12 jam sebelum penerbangan sebab saya tak mau dia Poo dalam cage..nanti kotor.Dalam cage tu saya cuma sediakan bekas air je untuk dia minum.Kalau kencing tak pe..
|
Tengok!!! Percy adalah sebahagian luggage saya... |
Setelah tiba di KKIA T1(Sabah), saya pun tunggu la si Percy dekat tempat mengambil luggage..yang lucunya sebelum beg-beg keluar, muncul pula Percy and the Cage. Apalagi, semua mata tertumpu ke arahnya..(kucing comel kan..) hihi... seorang pegawai dari bahagian kuarantin dah siap sedia menunggu kedatangan si Percy, pegawai tu lah yang ambil percy, Selepas saya mengambil kesemua barang-barang saya, saya pun menghampiri pegawai tu, kemudian dia membawa saya ke pejabat kuarantin di sana saya diminta menunjukkan permit eksport dan kad kesihatan si Percy..saya diminta membayar sebanyak RM10 sahaja.Selepas segalanya selesai, saya pun membawa si Percy keluar dari balai ketibaan, diluar sana sudah ada adik-adik saya menunggu ketibaan kami.
|
PERCY & The CAGE |
Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai pengalaman membawa kucing balik ke Sabah. Kemungkinan ada sedikit perbezaan dari segi prosedur dan bayaran, mengikut negeri.Tapi seriously, memang rumitlah urusan-urusan ni.Apa-apa pun, saya berasa lega sebab setelah beberapa minggu melalui kerumitan ini, akhirnya Si Percy berjaya juga dibawa balik ke Sabah.
|
Percy dah jadi warganegeri SABAH.. |
|
Tengoklah ramainya peminat percy di sini >> Percy and the local pets.. |
" Perjalanan menuju ke sesebuah destinasi adalah lebih menarik berbanding destinasi yang ingin ditujui itu sendiri " ~ George Santayana
Hi emily, salam perkenalan..sy nak tnya untuk prosedur pemindahan kucing, apa step pertama yg sy perlu buat? Pegi jabatan mana? Betul ke ada had umur untuk kucing yg hendak di bawa pindah? Sy bakal berpindah ke sarawak hujung tahun ni..
BalasPadamHai..
Padamkamu dari negeri mana,..sebab prosedur ada beza mengikut negeri..
Kitten umur 2 bulan dan ke atas boleh...dan mesti sihat la..
Hai pren..tk jual ank kucing parsi..ke..
BalasPadamHai pren..tk jual anak kucing parsi ke
BalasPadamhai juga... oo tidak la..
Padamboleh sya tahu brpkah bayaran yang puan kena. bagaimana saya nak dapatkan tiket kapal terbang untuk kucing saya?
BalasPadamCas dikenakn mengikut cas luggage kita..klu lbih berat pun ikut cas brg tu la..tapi biasa nya utk MAS saja..
BalasPadamCas dikenakn mengikut cas luggage kita..klu lbih berat pun ikut cas brg tu la..tapi biasa nya utk MAS saja..
BalasPadamEmily, tq share the ending part of your journey to bring back Percy.. cute gila si Percy. Btw, mau tanya.. kurang lebih berapa harga tu carrier si Percy tu aa? Sy mau buy utk kucing sy 3 ekor mau bawa balik KK. Tq Emily :)
BalasPadam