Sabtu, 18 Mei 2013

Pengalaman Membawa Kucing Ke Sabah (Part 2)

Ini kesinambungan post pengalaman saya membawa kucing balik Sabah..da seminggu baru dapat update, almaklumlah..dekat kampung line internet terhad sikit.Terpaksa tunggu waktu yang sesuai jugak..hurm..Selamat Membaca..
Percy pun tau sedih..hihi
Jam menunjukkan ke angka 7.15 pagi..lagi ada sejam lebih sebelum berangkat.Sebaik saja sampai di airport saya pun bawalah barang-barang saya ke tempat pemeriksaan kastam untuk scan termasuk la si Percy.Tapi si Percy tak la di scan cuma tunjuk kat pegawai tu je..Dah siap scan.. pergi pulak ke kaunter cek-in.. saya pun angkat lah barang-barang saya (3 kotak+1 beg) untuk di timbang semuanya seberat 30.5kg..bila tambah berat si Percy dan cage nya..menjadikan semua berat barang-barang saya 38kg.Saya perlu bayar Rm7 untuk 8kg yang lebih tu..da siap-siap cek in and bayar semua.. adalah staff MAS bahagian LIVE ANIMAL datang untuk bawa Percy ke kargo..sedih jer muka Percy time tu..
Oh ya,  saya terpaksa puasakan si Percy lebih kurang 12 jam sebelum penerbangan sebab saya tak mau dia Poo dalam cage..nanti kotor.Dalam cage tu saya cuma sediakan bekas air je  untuk dia minum.Kalau kencing tak pe..
Tengok!!! Percy adalah sebahagian luggage saya...

Setelah tiba di KKIA T1(Sabah), saya pun tunggu la si Percy dekat tempat mengambil luggage..yang lucunya sebelum beg-beg keluar, muncul pula Percy and the Cage. Apalagi, semua mata tertumpu ke arahnya..(kucing comel kan..) hihi... seorang pegawai dari bahagian kuarantin dah siap sedia menunggu kedatangan si Percy, pegawai tu lah yang ambil percy, Selepas saya mengambil kesemua barang-barang saya, saya pun menghampiri pegawai tu, kemudian dia membawa saya ke pejabat kuarantin di sana saya diminta menunjukkan permit eksport dan kad kesihatan si Percy..saya diminta membayar sebanyak RM10 sahaja.Selepas segalanya selesai, saya pun membawa si Percy keluar dari balai ketibaan, diluar sana sudah ada adik-adik saya menunggu ketibaan kami.
PERCY & The CAGE


Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai pengalaman membawa kucing balik ke Sabah.  Kemungkinan ada sedikit perbezaan dari segi prosedur dan bayaran, mengikut negeri.Tapi seriously, memang rumitlah urusan-urusan ni.Apa-apa pun, saya berasa lega sebab setelah beberapa minggu melalui kerumitan ini, akhirnya Si Percy berjaya juga dibawa balik ke Sabah.
Percy dah jadi warganegeri SABAH..



Tengoklah ramainya peminat percy di sini >> Percy and the local pets..

" Perjalanan menuju ke sesebuah destinasi adalah lebih menarik berbanding destinasi yang ingin ditujui itu sendiri "  ~ George Santayana

Jumaat, 17 Mei 2013

Asalkan bahagia..

Tempat kerja baru ni, walaupun masih lagi di Health site..tapi kali ini saya akan bertugas menjaga kesihatan ibu dan anak berbanding tempat bertugas lama sebelum ni, saya ditugaskan di unit Jabatan Pesakit Luar.Dimana saya terlibat dengan tugas multi disciplinary..tapi di MCH ni saya hanya berjumpa dengan ibu-ibu dan anak-anak sahaja.

Oleh kerana saya ada bidang pengkhususan dalam kebidanan, di sini saya digelar JBT..bukan JT..dan agak janggal bila mereka memanggil saya "SN..Esther" saya sedari mereka begitu respect antara satu sama lain.Sesama jawatan pun panggil "SN or JM " yang "Matron and Sister" tu memang biasa la didengar.Di tempat saya bertugas sebelum ini, even ko SN ka, JM ka ..kalau mereka da biasa dengan ko tetap dipanggil nama saja.So, dalam pergaulan pun memang tersangat rapat NO GAPS..(kata orang putih Hihi..) Tapi di sini, hubungan walaupun rapat tapi dalam perbualan mesti "SN..jom kita makan, SN..inilah kawasan dalam jagaan bilik kita ".. imagine..?#%&&&@..Ada juga saya cuba minta mereka..janganlah panggil saya SN(rasa terlalu formal and macam susah pula nak bergaul,rasa macam ada Gaps ja) tapi JMK tu cakap "SN..di sini memang sudah biasa begini sejak dulu lagi.Lagipun kalau Matron dengar kami panggil SN dengan panggilan nama gerenti dia akan tegur".Dalam hati saya...~Bah,apa-apa sajalah asalkan bahagia. ( Hahaha)..

Lalu saya teringat..di KKJM, dulu dia pun SN macam saya(cuma dia supersenior la)..saya cuma panggil dia KAK T*N... sekarang dia dah KUP U32 sepatutnya kena panggil SISTER la kan?..tapi saya tetap go head panggil dia "kakak" juga.hihi (SISTER > KAKAK bezanya cuma bahasa tapi dalam KKM SISTER merujuk kepada Jawatan yang lebih tinggi daripada JT)..lagi best.. saya boleh panggil "MAK"...bukan saya seorang sahaja adik-adik (hah,tengok tu saya panggil adik lagi..) baru posting tu pun panggil seorang staff super duper senior tu "Mak" juga...Haha..
Hehehe...


So, kesimpulannya di sini,biar apapun gelaran kita pada seseorang itu.Bukan hanya kerana pangkat dia atau jawatan dia ..apa yang penting kita saling menghormati antara satu sama lain kerana dia seorang INDIVIDU.Apa-apa pun yang penting ikhlas dari hati..




"Hati yang jujur dan ikhlas pasti akan disinggahi beburung yang bernyanyi" ~Peribahasa Cina.

Jumaat, 10 Mei 2013

Satu Hari Lagi..

              

               Hari ini tidak seperti hari-hari yang telah berlalu, cuaca yang selalunya panas terik.Tapi hari ini mendung dan kemudian awan yang memberat itu pun menurunkan hujannya sepanjang hari.
               Aku dapat rasakan hati ini pun begitu, sedih dan rasa sangat pilu.Bila memandang wajah dia, jauh di dasar hati,aku mula merasakan sangat rindu.Dia pula kelihatan bersahaja dan aku tahu dia cuba melindungi perasaan sebenarnya.Kalau lah ada satu hari lagi..

Tiba-tiba aku teringat perbualan kami sebelum tidur pada hari aku menerima surat pertukaran itu;

Aku :  adakah berita perpindahan ini sesuatu yang menggembirakan? 
Dia : (sambil menghela nafas..) "mungkin"
Aku : Alangkah baiknya jika kita dapat pindah bersama(dalam nada sebak).
Dia : ( Dia cuma berdiam diri)
Aku : Saya tak mahu kita berjauhan macam dulu.Macam mana saya nak hadapi hari-hari tanpa kamu di sisi, sedangkan berjauhan untuk 1 hari pun saya jadi tak tentu.Mesti saya rindu.
Dia : Sayang, inilah namanya cabaran hidup.kita harus bersikap positif.Percayalah lepas ni kita tidak akan berjauhan lagi.Dan doakanlah agar segala urusan di permudahkan.
Aku : Diam.Tanpa dia sedari aku menangis dalam diam.Aku mula memikirkan macam mana keadaan kami nanti bila berjauhan.Aku rindu menyediakan makanan untuknya, makan bersama,menunggu dia pulang dari kerja dan yang paling aku rindu nanti saat-saat kami menghabiskan masa bersama bila hujung minggu.. 
Sesungguhnya,dia bukan sahaja Suami, tapi sahabat terbaik ku.


               Aku tidak mungkin dapat mengubah keadaan menjadi sebaliknya, tapi aku berusaha memujuk hati sendiri agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.Semoga Tuhan memberkati hubungan ini, dan menjaga hati dan diri kami ketika berjauhan.Aku positif kan diri.. bahawa saat-saat berjauhan ini adalah refreshment buat hubungan kami agar kami sentiasa merasa seperti pasangan yang baru bercinta.
               Kini, aku mula menyedari..Tuhan memberikan kami satu kesempatan untuk merasai perasaan menghargai seseorang dikala berjauhan, bukan bermakna semasa berdekatan tidak menghargai tapi kadang-kadang kita terlupa orang paling dekat dengan kita itulah yang sangat kita rindui bila berjauhan.




" Sesetengah orang melihat kesudahan yang tiada harapan, manakala sesetengah yang lain melihat harapan yang tidak berkesudahan. " 
- Penulis yang tidak dikenali.

Khamis, 9 Mei 2013

Pengalaman Membawa Kucing Ke Sabah (PART 1)

                               Yay! dapat transfer..gembiranya hati.tapi macam mana nak bawa si Percy balik?..seludup kot...gila ke..naik flight nak seludup macam mana, mo mati ka? (haha..ketawa penjahat)..by land..boleh seludup kot..yang penting si Percy duduk diam-diam,tapi takut pula si Percy buat hal sepanjang perjalanan.Haish..tak bestlah bawa binatang by land jauh tu,setakat 1 Km pun si Percy ter 'meow2', apalagi perjalanan yang sejauh Kuching-Tamparuli = lebih kurang 1313km.. nanti yang driver pun stress, penumpangnya pun stress sekali apalagi binatang tu... hiss..tak mo ambil risiko...No matter what I'll try my best untuk bawa kucing kesayangan saya ini balik bersama tau.. 
JUAL??... NO..NO.. Percy is NOT FOR SALE...

                       So, saya pun merajinkan diri saya surfing internet about 'Membawa kucing ke Sabah?' ataupun 'prosedur membawa kucing ke Sabah'..hmmm..banyak jugak blog pasal tajuk ni walaupun not exactly,tapi boleh la diterima pakai sebagai idea permulaan macam mana nak berurusan nanti.
                         Untuk pengetahuan bersama, nak bawa kucing keluar dari Sarawak saya perlu dapatkan permit Eksport dan Permit Import dari Sabah.. (Chewahh..macam buat bisnes besar-besaran pula kan.. Haha..)tak kira sama ada melalui pengangkutan darat ataupun udara. So, untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas saya hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah(JPHPT).Jangan risau staff-staff mereka sungguh mesra dan sangat membantu.Setelah mendapat penerangan dengan lebih detail. Saya hubungi pula Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Negeri Sarawak.Sebelum saya bercerita mengenai permit Eksport dan Import dengan lebih lanjut, saya suka mengingatkan bahawa ;

  • Kita perlu pastikan kucing kita ni vaksinasinya Up-to-date.
  • SUDAHKAH ANDA MEMASANG MIKROCIP PADA KUCING ANDA?? PERLU KAH?? Ya. memang perlu.Mikrocip ini boleh di pasang dimana-mana klinik veteriner dengan harga RM45 (bergantung kepada klinik tersebut).
  • Hanya Syarikat Penerbangan MAS sahaja yang  ada menawarkan perkhidmatan membawa LIVE ANIMAL seperti kucing k..
  • KUARANTIN :  Kalau Dari Sabah/Sarawak nak eksport kucing ke semenanjung/Sabah/Sarawak-Kucing tidak perlu dikuarantinkan.Sebab Sabah dan Sarawak adalah kawasan bebas RABIES.Tapi kalau Dari semenanjung nak eksport kucing ke Sabah/Sarawak-Kucing akan dikuarantinkan selama 14 hari hingga 1 bulan sebab semenanjung berdekatan dengan kawasan yang tinggi kadar  jangkitan Rabies(Negara Jiran seperti Thailand)
                         Okey, sebelum menguruskan permit eksport, saya perlu dapatkan permit import dulu. So, seperti yang telah diterangkan oleh staff dari JPHPT saya kena memohon melalui   www.davetsa.sabah.gov.my kena sign up dulu..baru dapat login and isi form.. hah..jangan tak tau, untuk diorang approved kita tu pun makan masa 3 hari masa bekerja. So, rajin-rajinlah follow-up maksud saya call diorang. Kalau kita tunggu je mesti lambat    (sebab itu yang terjadi pada saya,...huhu ) bila dah approved barulah saya dapat akses untuk mengisi form tu pulak (bahagian ini, kalau tak tahu jangan segan hubungi staff mereka ya)Lepas da isi form sebelum send, check betul-betul maklumat dan data yang diberi takut nanti akan timbul masalah dikemudian hari (macam saya, tersalah enter umur.Dah seminggu balik Kuching baru perasan ada kesilapan..kelam kabut dibuatnya terpaksa post  permit tu semula ke JPHPT Sabah huhu) dah make sure semua betul barulah send ya.Approval ni kena tunggu 1-2 hari juga.Kita boleh periksa status permohonan kita di link yang sama ataupun kita boleh terus hubungi mereka.Bila dah approved permohonan tu tadi, saya kena datang untuk buat bayaran sebanyak RM11.00. Kaunter pembayaran hanya dibuka pada hari Isnin-Rabu dari jam 8 pagi hingga jam 1 petang.Lepas tu, Jam 2 hingga jam 2.30  petang. So, pandai-pandailah merancang masa.Kalau kita tak dapat datang bayar sendiri di kaunter kita boleh buat bayaran melalui Wang Pos.Tapi saya hari tu, kebetulan balik ke kampung, saya ambil kesempatan la urus semuanya sekali.Lepas bayar, terpaksa tunggu sehari untuk dapatkan permit tu sebab Pegawai yang bertanggungjawab untuk sign outstation pula..(betul-betul mencabar kesabaran la). Actually, urusan permit import ni dari A-Z cuma makan masa seminggu,tapi oleh kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan jadi seminggu lebih juga.Huhu..
                             Dah selesai urusan permit import, saya kena confirm flight pula..sebab bahagian permit Eksport ni dia akan tanya bila nak fly and perlu buat temujanji dengan diorang lagi..biasanya temujanji akan diberi 3 hari sebelum tarikh penerbangan.Biarpun validation date permit eksport ni 60 hari (permit import pun sama) tetapi Sijil Kesihatan Veteriner(SKV) yang dikeluarkan bersama-sama permit Eksport ni hanya valid untuk 7 hari sahaja.Okey, saya pun datang mengikut appoinment date yang diberi, iaitu jam 8.30 pagi..(tapi saya terlambat 15 minit.huhu), pada hari tersebut, saya bawa bersama kucing saya, kad kesihatan (macam baby pula kan hihi)dan permit import(jangan lupa!).Setelah mengisi borang permohonan permit eksport.Percy pun di periksa oleh Veterinar. Head to tail oiii...Dr tu komplen si percy gemuk la.. haha..Prosedur ni tak lama dari pemeriksaan sampai permit tu siap tak sampai pun 45minit.(syukur la mungkin berkat kesabaran saya menunggu lama masa prosedur permit import hari tu )Oh ya, bayaran untuk permit ni RM10 sahaja.
                                So now, PERMIT IMPORT, PERMIT EKSPORT dan SKV semua dah settle.. hanya nak tahu macam mana prosedur masa naik kapal pula.ADAKAH SAYA PERLU MELALUI MAS KARGO or DIRECT CHECK-IN MACAM BAWA LUGGAGE?..ada kawan saya cakap perlu melalui MAS KARGO (mengikut experience dia bawa kucing ke Limbang).Saya pun pergilah ke office MAS KARGO tu.Heran la, tempat tu tak macam ofis pun.Macam tempat punggahan barang-barang jer..(memangpun dah namanya MAS KARGO)..tengah sibuk nak cari tempat bertanya tiba-tiba datanglah seorang lelaki ini tanya saya nak buat apa.Saya pun bagitau lah yang saya nak uruskan kucing saya balik ke Sabah.Dengan penuh semangat dia pun memotong pertanyaan saya yang belum habis, " O..Kitak mo bawa balit ke Sabah perlu cari EJen..mun kitak mok hantar dalam Sarawak saja sik hal,tok mok bawa keluar dari Sarawak perlu pakey ejen" EJEN???? blurr pula sekejap..apa kena mengena pula dengan ejen ni..sedangkan dokumen semua sudah diuruskan and then saya akan terbang bersama si Percy.Lain lah kalau saya just nak kirim si Percy ke Sabah alone.Hmm...Mr Hubby pun dah mula naik angin sebab lelaki tu macam nak paksa2 pula siap tanya " Kitak Iban ka, Bidayuh ka Melanau? " ermm..apa kaitan dengan bangsa pula ni...hiss..memang tak betul orang ni....Last-last saya minta dia jumpakan saya dengan staff MAS KARGO yang sebenar-benarnya.Bila dah jumpa staff tu,mereka saling tolak menolak pula untuk memberikan penerangan.Saya jadi geram dan bosan sebab lelaki tadi tu masih juga dengan idea terbaik 'Ejen' nya tu.. rupa-rupanya dia tu lah ejen...mo cari customer la tue...Nasib baik lah tidak terpedaya.HUH !!! Dengan rasa tidak puas hati, saya pergi tanya pula kat kaunter  Check-In MAS " Boleh..kamu bawa kucing kamu tu bersama masa kamu cek-in nanti, dia akan dicas mengikut berat luggage la.RM 5/kg + carrier(harga ni saya akan confirm lagi k) " Lega hati saya, ingatkan c Percy ni akan di cas tambangnya macam harga manusia. Macam kawan saya tu dia guna MAS KARGO sampai RM180+++ itu kucing dia yang baru berumur 3 bulan.Kalau ikut berat percy ni gerenti mo RM 200++ ..itu memang bayaran termasuk EJEN.
                                     Last but not least,saya hubungi bahagian ANIMAL QUARANTINE OFFICE KOTA KINABALU, informed about penerbangan saya dan kucing saya, nanti ada pegawai diorang yang akan tunggu kami di sana.
                                    
 Yay..da settle semuanya.Tinggal tunggu fly lagi..HIHI
 INI LAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN NANTI
Ni la..Vaccination and Health Record si Percy
PERMIT IMPORT
BACA NI !!!

SIJIL KESIHATAN VETERINAR (SKV)



PERMIT EKSPORT
Okeylah setakat ni dulu coretan saya untuk part 1, nanti saya akan update lagi untuk part 2 ya..
Terima Kasih kerana membaca post ini...


" Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu ubah sahaja, dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah cara kita berfikir mengenainya. " 
- Mary Engelbreit

Rabu, 8 Mei 2013

Terima Kasih Kawan..

                       


Di antara wajah-wajah rakan seperjuangan di KKJM
                             Saya berbaring sambil membaca FACEBOOK melalui telefon comel saya..dan  tiba-tiba rasa tertarik bila terbaca satu notifikasi dari kawan saya mengenai post terbaru di blognya.. hihi  apa yang menarik hati saya semasa membaca post terbaru itu ialah mengenai diri saya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia 'Bloging' ini.
Anyway, thank you so much di atas tunjuk ajar mu Kak Ton.. haha..
Bangga dapat bergambar dengan artis..dia pegang tangan saya lagi tu..wahhhh!
Semasa menyambut hari ulangtahun MAK Bedah..yang ke.. ??

Controlll nafas 1,2,3....
                         Rindu pula bila teringat kawan-kawan di tempat kerja lama dulu. Sedar tak sedar dah hampir sebulan dari tarikh saya menerima surat pemberitahuan pertukaran saya..ini bermakna sudah tiga minggu saya tidak bersama-sama mereka.
Ada wajah Gwiyomi la..


                         Walaupun gembira sebab dah dapat kembali ke wilayah asal setelah hampir 7 tahun bertugas di Bumi Kenyalang ini.Namun jauh di sudut hati, terselit rasa sedih. Yalah, 7 tahun tu,..saya dah rasa selesa dan sebati dengan persekitaran  tempat kerja lama dan yang paling penting ialah hubungan persahabatan yang terjalin diantara rakan-rakan setugas ini sudah seperti ahli keluarga yang besar.
Suatu ketika dulu mereka lah yang menceriakan Room 9

Gwiyomi lagi ??? orang tu suka buat wajah Gwiyomi hihi..
                         Dalam tempoh 7 tahun ini, banyak coretan suka duka pahit manis,itu memang tidak dapat dinafikan dan semua itu telah banyak membentuk diri saya lebih matang lebih-lebih lagi bertugas di tempat orang ni kita mesti pandai berkawan dan menyesuaikan diri.Mengingati kembali masa hari pertama saya melapor diri di JKN Sarawak..,,pada 17.5.2007 macam-macam perasaan yang ada masa itu, gementar tak payah cakaplah. Kini saya akan melalui perasaan yang sama ditempat baru bermakna saya kena bermula dari 0 lagi la... huhu..

                        Walaupun bakal bertugas di wilayah sendiri, tapi menjadi staff yang baru melapor diri di tempat baru menimbulkan rasa stress tanpa disedari meskipun sudah berkhidmat hampir 10 tahun rasa macam baru lepas tamat latihan jururawat semalam.. hahaha ...perasaan oh perasaan.
Biarpun perpisahan ini amat memeritkan, tapi kita ada kenangan yang terindah untuk di kenang sampai bila-bila
                       Kawan-kawan KKJM ( KLINIK KESIHATAN JALAN MASJID KUCHING) sama ada X-KKJM atau yang masih tetap berpencen di sana..sebesar-besar hati saya yang kecil ini saya mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas persahabatan yang telah terjalin malah rasanya kita dah jadi satu family besar di Klinik ini.Harapan saya, kenangilah segala kenangan semasa saya bersama-sama kalian selama 7 tahun ini.Kawan-kawan lama ada yang dah bertukar dahulu daripada saya, kini giliran saya pula meninggalkan KKJM beri peluang pula kepada kawan-kawan baru untuk mencipta kenangan yang terindah di KKJM.Salah dan silap harap di maafkan dan sekali lagi terima kasih kerana membantu saya untuk membentuk diri saya seperti hari ini.Semoga bertemu lagi di suatu masa dan tempat Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. All The best for us..
MY LAST DAY !  >>>19.4.2013

Isnin, 6 Mei 2013

A Marriage..






Dear Friends,
When you find difficulties in your marriage,
when he/she hurt you, neither by words and violence..
when he/she do wrong..
when he/she unfaithfull to you..
When he/she cheat or lie to you..
when he/she doing something that you doesn't like
and make you feel down,hatred and dissapointed..
Make you think.. " Why my marriage doesn't goes smooth like others?"
and you started to judge...
 Just SAid A Prayer..

Almighty Father, The Giver of life,
I thank You for the gift of my life.
I thank you for this wonderful gift of my spouse,
I thank you,Lord for choosing me to love and care for him/her
I Ask you Lord..to be present in our marriage this day and always.
Help me to appreciate my spouse.
Help me treasure her/him.
Help me never take her/him love for granted,
Let me delight in her/him..
Let me enjoy our life together as a gift from you above all things.
Help Me tell her/him by words and action how much i love her/him.
Help me give her/him the gift of myself with enthusiasm and affection.
Help me love my spouse the way you intend: by making her/his life worthwhile
rather than selfishly focusing on my own life.
Gracious Father,
Teach me daily to be always patient with my spouse.
keep me from hurting her/him with my anger.
in time of friction, Lord..help me see my own flaws more clearly,
lift me beyond the trap of my own hurts and resentments.
let me also see the pain behind my spouse's anger and fill me with mercy and forgiveness..
please dear Lord let me never repay one wrong with another or one abusive with another.
instead Lord grant me the grace to prepay every wrong with blessing.
teach me daily that your wish for us is reconciliation and unity in you..
Creator God,
I thank you for creating us
with desire for love and ability to love
Help me fill the life of my spouse with LOVE,JOY,WARMTH and ACCEPTANCE.
Help me accept her/his love and care with gratitude.
help both of us to grow together in love
so we can heal each other and protect each other from troubles of this world. 
I know that without your help, Lord I will not be able to follow your plan for our marriage.
Please send me your spirit
so I may fully live out your plan for my spouse all the days of our lives..
AMEN..

And... Do You Still remembered the PROMISES you declare on YOUR WEDDING DAY ?

(NAME) do you take (NAME) to be your husband/wife?
Do you promise to be true to him/her in good times and in bad, in sickness and in health, to love him/her and honour him/her all the days of your life?
And with all YOUR HEART..You Say... " YES I DO "
 OR.. It may be said like these..
I,take you, (NAME), for my lawful husband/wife, to have and to hold, from this day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, until death do us part.


Before U start to judge,to grumble him/her..just simply ask youself  "Why I choose you to become my spouse?"...
I believe..when we looked back and remember it..you will never hurt your spouse.Because the LOVE U shared is A GIFT From GOD..

(I tagged you,and if you read...we shared together the GIFT of GOD..)

Inspired by Fr.Albert Homili (7/10/2012)
All Picture Credit to : Google Image




Ahad, 5 Mei 2013

P.E.R.C.Y


P.E.R.C.Y


Apa yang terlintas di fikiran anda bila membaca tajuk ini ?Jangan pula fikir saya nak bercerita tentang watak pelakon atau pemain bola sepak.hihi..


                  Apa yang saya nak cerita di sini adalah mengenai binatang peliharaan saya.
PERCY adalah gelaran istimewa untuk kucing saya. Dia ni Mix Persian.Mengimbas kembali masa mula2 decide nak bela kucing di perumahan kerajaan ini.Ya la.., banyak perkara nak difikirkan..lainlah kalau diam di rumah sendiri..

                   Diringkaskan cerita..bukannya baru pertama kali pun bela kucing ni..tapi untuk kali ini nak cuba pula bela kucing kacukan pula.Masa cerita-cerita dengan kawan-kawan tentang plan nak beli kucing ni..macam-macam mereka advice..      "Mahal tu..daripada ko beli kucing parsi ni..baik ko piara kucing-kucing yang terbiar diluar sana"..dan tak kurang juga
 " WOW! mahalnyerrr.. bagus ko bikin beli emas "..mo ketawa pun ada geram pun ada.. sebab ya la kan hati memang dah berkobar-kobar ingin memiliki kucing parsi..(cewahh) bila dengar orang cakap macam tu mesti tergugat juga keinginan saya. Tanya pendapat hubby pun,  "boleh ke piara kucing parsi ni, kalau kucing local tu tak la cerewet sangat.High Cost and Maintenance"  huhu...memang berada di dalam dilema la hati saya masa itu.Terbayang-bayang macam mana kalau saya tidak dapat jaga dengan baik mesti pendek umur la ni kucing..kucing parsi lagi tu.Walau pun hubby tidak menghalang apa lagi menyokong, saya tetap booking juga kucing tu..walaupun ketika itu hati saya ragu-ragu. kebetulan pula kawan tu memang tengah SALE kan 3 ekor anak kucing.Saya pun book la kaler hitam putih (sebab saya memang suka kucing kaler tu) tapi kawan tu cakap hitam putih tidak ada lah..tabby kaler jer ( kaler apa tu?).. boleh lah..masa tu memang dah siap reka-reka nama nak panggil apa kat kucing ni..(macam-macam la nama fantasi yang muncul difikiran)tapi tak terlintas pun nak bagi nama PERCY ni.
Ni la PERCY masa dia kecik dulu


                    Nak datang ambik dia ni pun,selalu je tertangguh2 adalah 2 minggu tertangguh... bila tiba hari mo datang ambik memang tinggal seekor lagi la dia yang belum dijual..adik beradiknya yang lain dah pun dibeli.  First impression, dia memang CUTE dan tersangat lah AKTIF.. tak rugi la saya mendapatnya.So, automatic gelaran PERCY tu keluar dari mulut saya ni.Memang sesuai la.. Terima Kasihlah sama Kawan tu sebab dia  mempertahankan PERCY ni dari dibeli orang meskipun ditawarkan dengan harga yang tinggi.. hihi..HARGA??..biarlah rahsia k..hihi


6 bulan
Telatah Si PERCY


                              Seperti yang dibaca dalam mana-mana artikel di majalah mengenai cara menangani Stress,salah satunya ialah memelihara binatang seperti kucing memang membantu dalam mengurangkan stress terutamanya setelah seharian kita penat bekerja, balik rumah je ..tengok saja lah telatah dia tu..( hanya mereka yang CATS LOVER je tahu..)

                              Meskipun sudah 26 bulan berlalu dan si PERCY pun sudah berusia 28 bulan...bagi saya memang ada perbezaan menjaga kucing kacukan and local.Berbeza dari segi pemakanan dan barangan peribadi (haha)..Memang lah kita boleh beri makan apa saja ikut suka kita..tapi kita mesti mahu yang terbaik untuk kucing kesayangan kita kan.. selain itu bulunya perlu disikat hari2..itu sebagai terapi untuk dia dan cara komunikasi kita dengan dia..macam menjaga BABY..oh ya..vaksinasi juga penting.Tapi setakat ini, dia tidak pernah menyusahkan saya. Bila saya dah memiliki dan menjaganya hingga ke tahap ini, barulah saya sedar betapa berbaloinya wang ringgit yang dilaburkan untuk menjaganya. Usah peduli kata-kata orang yang  suka membandingkan wang ringgit dengan barangan yang bagi dia lebih bernilai, apa yang penting bagi saya ialah memiliki sesuatu yang dingini, biarpun berapa kosnya.Ya,, biarpun dia hanya seekor kucing. 

                            Biarpun sudah bertambah umurnya..tapi dia masih aktif dan kekal cute..tidak lama lagi si PERCY dah nak balik SABAH,,tukar permastautinan..hihi 
SELAMAT TINGGAL Saudara mara ku...




ADA BERANI ???